BANGKOK:Mahkamah Jenayah Thailand pada Selasa menggantung perkhidmatan stesen TV dalam talian susulan liputannya berhubung protes anti kerajaan.
Timbalan setiausaha tetap Kementerian Masyarakat dan Ekonomi Digital Puchapong Nodtaisong berkata platform dalam talian Voice TV itu telah melanggar Akta Jenayah Komputer dengan menyebarkan maklumat palsu.
"Ia juga menyalahi undang-undang darurat. Mahkamah telah memerintahkan supaya semua platform Voice TV ditutup. Namun, mahkamah belum membuat keputusan mengenai tiga lagi media yang berkaitan," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Voice TV yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dan adiknya Yingluck adalah antara empat media dan laman Facebook kumpulan penunjuk perasaan, Free Youth, yang disiasat berhubung liputan mereka minggu lepas.
Khamis lepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengisytiharkan 'Situasi Darurat Yang Serius di Bangkok' yang melarang perhimpunan lima orang atau lebih, berkuat kuasa dari pukul 4.00 pagi (waktu tempatan), dalam usaha untuk menamatkan protes jalanan anjuran kumpulan pelajar yang sudah berlarutan sejak tiga bulan.
Beliau turut melarang penerbitan berita dan mesej dalam talian lain yang dilihatnya boleh mempengaruhi keselamatan negara dan menimbulkan ketakutan atau menyebarkan maklumat palsu.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Voice TV, Mekin Petplai berkata pihaknya masih belum menerima sebarang perintah mahkamah mengenai perkara berkenaan.
"Voice TV menjunjung prinsip kewartawanan dan tidak pernah memutar belit fakta atau konteks. Kami akan meneruskan kerja dan berdiri teguh dengan demokrasi serta menerapkan yang laporan terbuka dan telus," katanya.
Sementara itu, kabinet Thailand pada Selasa bersetuju untuk mengadakan sesi parlimen khas bagi membincangkan gerakan anti kerajaan yang sedang berlangsung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Thailand Anucha Nakasai berkata parlimen akan bersidang selama dua hari pada 26 Okt ini.
Permohonan itu diterima daripada Speaker Dewan Chuan Leekpai, dengan mendapat sokongan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.
Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha memerintahkan polis dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menimbangkan semula perintah yang mengehadkan penerbitan media, dan sedar dengan hak serta kebebasan media, sehari selepas polis mengarahkan siasatan terhadap empat syarikat media serta satu laman Facebook kumpulan penunjuk perasaan yang melanggar perintah darurat.
"Ada beberapa (media) menerbitkan maklumat palsu serta memutarbelitkan fakta dan menghasut orang ramai. Oleh itu, saya mahu pihak berkuasa mematuhi prinsip undang-undang ketika meneruskan tindakan undang-undang," katanya.
Sementara itu penganjur pada Selasa kelihatan berehat, selepas lima hari menganjurkan tunjuk perasaan di Bangkok, namun ada juga sebilangan penunjuk perasaan yang dilihat berhimpun di beberapa tempat, termasuk di stesen BTS dan MRT di Bangkok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 20 2020
Penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protes di Bangkok, Thailand, 18 Okt, 2020. REUTERS
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.
Thaksin layak mendapat parol bulan depan
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Sitthi Sutivong berkata berdasarkan kriteria, Thaksin layak mendapat parol khas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad.